Sulam kerancang/ayak adalah sulaman halus yang bertebuk dibuat dari jalinan benang sulam. Tebukan inilah yang disebut kerancang. Pembuatan kerancang ini adalah suatu proses yang rumit serta menggunakan masa yang lama. Seorang penyulam harus menjaga “tarikan” benang ke kain ( bahan dasar ). Jika tarikan benang terlalu tegang, kain di sekitar kerancang akan berkedut. Apabila tarikan benang kurang tegang, maka jalinan kerancang akan tidak padat dan rapat serta mudah putus karena ketegangan benang sulam tidak sama. Sulaman kerancang ini sulamannya lebih tebal dan tahan lama.
Proses Pembuatan Kerancang
Pembuatan kerancang adalah suatu proses yang berbentuk “point of no return“. Jalinan kerancang tersebut terdiri dari jalinan benang sulam serta bahagian bahan dasar yang dipilin untuk menjadi tepi kerancang. Apabila jalinan ini putus, maka sulaman itu tidak dapat diperbaiki kerana material kain yang dipilin untuk membentuk jalinan kerancang tersebut juga ikut terputus (robek).
Juga kerancang ini haruslah dibuat dengan mengikuti ukuran serta jalur (path) dari rekaan sulam secara keseluruhan. Sedikit kesalahan dalam proses penyulaman akan membuatkan jalur rekaan sulam tidak seimbang dan hasil sulaman akan menjadi cacat.
Kerumitan proses sulaman ini membuatkan seorang seniman dari Qatar menyebut bahawa sulaman ini bukan sekadar sulaman, tapi sudah merupakan karya seni (piece of art), yang bukan saja amat sesuai untuk dipakai, tapi juga sesuai digunakan sebagai hiasan rumah.
Dahulu, proses pembuatan sulaman kerancang halus ini dilakukan sepenuhnya dengan tangan (100% purely handmade). Tingkat kesalahannya tinggi kerana manusia memiliki faktor kelemahan daya tahan serta kepenatan, apatah lagi apabila mengerjakan sesuatu yang rumit. Untuk mendapatkan sulaman yang 75 % error free selalunya memakan masa hingga tiga bulan bahkan lebih. Namun kerumitan proses serta lamanya waktu pembuatan adalah setimpal dengan keindahan sulaman yang dihasilkan.
Disebabkan proses pembuatannya yang rumit, tingkat kesalahan yang tinggi serta waktu yang panjang, sementara permintaan yang tinggi, muncul idea untuk membuat “kerancang instant”, iaitu dengan membuat jahitan secara mengeliling berbentuk lingkatan, segi empat atau segitiga kemudian bahagian tengah lingkaran tersebut ditusuk menggunakan solder panas (alat untuk memateri ). Hasil tusukan solder panas ini akan meninggalkan lubang yang akan terlihat seperti kerancang.
Pembuatan ‘kerancang instant’ ini amat mudah karena seorang penyulam tidak perlu bersusah-payah seperti ketika pembuatan kerancang sebenarnya. Cukup dengan membuat sulaman pada material kain, kemudian hanya menusukkan solder panas pada bahagian yang akan dilubangi. Bahkan dengan menggunakan mesin sulaman, proses pembuatan kain kebaya kerancang/telekung sembahyang dengan sulaman ‘kerancang instant’ ini hanya memerlukan masa satu hari sahaja.
Harga jualan juga boleh diletakkan serendah mungkin kerana proses kerancang instant ini dapat dihasilkan dalam skala besar dengan tingkat kerumitan yang rendah, tidak lagi dihasilkan oleh satu orang serta tempoh waktu pembuatan yang singkat.
Dengan bantuan mesin sulaman berkomputer (computerized embroidery machine), suatu sulaman semakin dapat dihasilkan dalam waktu yang amat singkat, tinggal lagi hendak memotong mengikut ukuran. Jenis sulaman seperti ini kini mudah ditemui dipasaran dengan harga yang cukup murah.
(Source from internet)